KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggar bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Kama Azural Mohamed dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan dalam serbuan 12.30 tengah malam semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000 dengan nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita ialah RM37,345," katanya.
Kama Azural berkata, suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Mei ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
"Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan negeri Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggar bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang.
Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki-baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.